GOTONG ROYONG EKSA 16 OGOS 2019
Pada 16 Ogos 2019, Jawatankuas EKSA IPN telah menganjurkan Program Gotong Royong EKSA IPN melibatkan semua zon yang terdapat di IPN termasuk di IPNCPD Cyberjaya. Program yang bermula pada jam 9.00 pagi tersebut dianjurkan untuk memastikan kawasan IPN lebih kondusif dan selamat di samping sebagai persediaan untuk menghadapai Audit Persijilan Semula EKSA yang bakal diadakan pada 26 Ogos 2019.
Satu sesi kick off program tersebut telah disempurnakan oleh Encikk Burhanudin bin Mohd Noor, Pengarah IPN, di hadapan Anjung Selera IPN. Dalam ucapan aluannya beliau mengajak semua warga IPN untuk bekerjasama memastikan persekitaran IPN sentiasa dalam keadaan yang selesa dan kondusif. Persekitaran yang kondusif terbukti menjadi satu faktor positif meningkatkan produktiviti dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan warga IPN.
Sebelum program gotong royong dijalankan aktiviti pemanas badan telah dijalankan dengan acara senamrobik. Selepas itu semua peserta ke zon masing-masing bagi menjalankan aktiviti gotong royong sehingga tamat pada jam 12.15 tengahari.