Unit
Penyelidikan, Pembangunan dan Kawalan Kualiti mempunyai peranan dan
tanggungjawab yang besar
bukan saja untuk menjadikan IPN sebagai institusi pembelajaran
yang unggul tetapi juga sebagai pusat rujukan ilmu yang dapat menyumbang kepada
pembangunan teori, amalan pengurusan dan perakaunan di sektor awam. Secara
spesifiknya, unit ini mempunyai beberapa objektif seperti berikut:
a) Meningkatkan sistem penyampaian awam melalui penyelidikan berdasarkan
kepada enam teras penyelidikan utama seperti berikut:
Perakaunan dan pelaporan maklumat kewangan sektor awam
Akauntabiliti sektor awam
Kelakuan organisasi di sektor awam
Pengurusan sumber manusia sektor awam
Pengurusan ilmu di sektor awam
b) Meningkatkan kualiti program-program latihan yang dikendalikan oleh IPN
melalui pembangunan sistem pengurusan kualiti untuk tujuan pensijilan MS ISO
9001: 2000. Aktiviti ini melibatkan pembangunan manual kualiti dan
prosedur-prosedur yang terlibat dalam pengurusan dan pengendalian kursus
anjuran IPN. Ini selaras dengan polisi kualiti IPN untuk melaksanakan sistem
kualiti yang dapat ditingkatkan secara berterusan bagi merealisasikan kepuasan
pelanggan
c)
Menyatukan idea yang memajukan teori, amalan dan penyelidikan di sektor
awam melalui penerbitan jurnal keilmuan IPN
d)
Mewujudkan kerjasama strategik dengan institusi pengajian tinggi awam
dan agensi latihan awam yang lain untuk menjadikan IPN
sebagai pusat pembelajaran dan pengembangan ilmu perakaunan dan pengurusan
kewangan sektor awam. Ini dilakukan secara usahasama dalam menawarkan
kursus-kursus di peringkat sijil/diploma khusus untuk kumpulan sokongan di sektor
awam