The Biggest Looser

Covid19 telah sedikit sebanyak memberi kesedaran kepada semua betapa pentingnya menjaga kesihatan luaran dan dalaman.Sehubungan itu, sebagai langkah untuk membudayakan amalan hidup sihat di kalangan warga, PUSPANITA IPN telah menganjurkan Program The Biggest Loser yang pertama kali diadakan sebagai menyahut seruan kerajaan untuk melahirkan rakyat yang cergas dan cerdas. Tahniah diucapkan kepada penganjur iaitu PUSPANITA IPN di atas penganjuran program ini yang telah Berjaya menarik minat lebih darpada 20 orang peserta.

Program yang diadakan selama 8 minggu bermula pada 8 April 2022 sehingga 3 Jun 2022 telah berjaya menarik penyertaan seramai 30 orang warga IPN dan para lelaki turut tidak ketinggalan untuk sama-sama mendaftarkan diri untuk program ini.Hadiah istimewa telah disediakan kepada para pemenang yang mengikuti program ini dan menyaksikan pelbagai ragam para peserta berusaha untuk menurunkan dan seterusnya konsisten dalam mengawal berat badan masing-masing.Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah diadakan pada 17 Jun 2022 di Surau As Solihin dan berikut adalah senarai pemenang :

Kategori Wanita
Johan : Norazizah binti Ali
Naib Johan : Norazita binti Sebran
Ketiga : Noripah Ain binti Salan

Kategori Lelaki
Johan : Tajul Ariffin bin Samsuri
Naib Johan : Khairani bin Aidin
Ketiga : Noramin bin Juminen

Hadiah khas : Norhayati binti Abdul Raji