Taklimat Keselamatan Perlindungan Jabatan Kerajaan

Pada 7 Julai 2022 bertempat di Auditorium Sekendi telah diadakan Taklimat Keselamatan Perlindungan Jabatan Kerajaan anjuran Jawatankuasa Keselamatan EKSA IPN dengan kerjasama Unit Sumber Manusia dan Pentadbiran Am IPN.

Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Tuan Haji Norazmi bin Haji Abdullah, Pengarah Keselamatan Kerajaan dan Encik Muhammad Helmi bin Abu Hassan, Pegawai Keselamatan Kerajaan dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Selangor.

Tujuan taklimat ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan kesedaran kepada warga kerja IPN tentang kepentingan keselamatan perlindungan yang biasa diamalkan oleh mereka dalam kerja seharian. Selain itu juga iadalah sebahagian daripada aktiviti yang telah dirancang untuk memurnikan amalan EKSA dalam kalangan warga kerja IPN.