APAKAH KURSUS YANG DITAWARKAN DI IPN?

Kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPN dibahagikan mengikut Kumpulan Kursus seperti yang berikut :-
  • Kursus Perakaunan
    1. Generik Perakaunan
    2. Bukan Generik Perakaunan
  • Kursus Kewangan
    1. Generik Kewangan
    2. Bukan Generik Kewangan
  • Kursus Pengauditan
  • Kursus Sistem Maklumat Perakaunan
  • Kursus Generik Kewangan dan Perakaunan di Zon

BAGAIMANAKAH CARA UNTUK MEMOHON KURSUS DI IPN?

Terdapat 2 cara untuk memohon kursus iaitu pertama secara “On line” melalui e-Kursus (e-SPL) dan keduanya dengan menggunakan borang.

Bagi yang memilih menggunakan kaedah manual, borang permohonan boleh diperolehi dengan muat turun melalui Laman Rasmi IPN atau dapatkannya di IPN. Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar kepada ketua jabatan tiga minggu sebelum tarikh kursus bermula.

SIAPAKAH YANG BOLEH MEMOHON KURSUS DAN LATIHAN DI IPN?

Penyertaan terbuka kepada semua penjawat awam pelbagai skim perkhidmatan dan jawatan di peringkat Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan.

BERAPAKAH BAYARAN DIKENAKAN KEPADA PESERTA KURSUS?

Kadar Bayaran Pendaftaran Kursus adalah termasuk makan minum, penginapan dan bahan-bahan kursus. Kadar yang ditetapkan ialah seperti yang berikut :-
SEKTOR AWAM
Tempoh kursus
Kadar bayaran
1 – 7 hari
RM 30.00
8 – 30 hari
RM 50.00
1 – 6 bulan
RM 100.00
SEKTOR SWASTA
Kategori
Kadar Bayaran Harian per Peserta
Swasta & GLC
Luar Negara
Tanpa penginapan
RM 300.00
RM 1,000.00
Dengan penginapan
RM 420.00
RM 1,180.00

APAKAH KEMUDAHAN-KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI IPN?

Di antara kemudahan yang terdapat di IPN ialah bilik kuliah, makmal komputer, auditorium, perpustakaan, asrama lelaki dan asrama wanita, surau, gimnasium, gelanggang tenis, padang bola sepak, dewan badminton / sepak takraw dan sebagainya.