Program Bual Bicara@ Jom Baca 10 Minit Kembara Memburu Hikmah

Pada 8 Jun 2022 Unit Perpustakaan telah mengadakan program bual bicara Kembara Memburu Hikmah bertempat di Auditorium Bernam, IPN. Program ini mengisi slot Jom Baca 10 minit IPN bagi bulan Jun 2022. Seramai 50 warga kerja IPN telah berkesempatan mengikuti program kali ini. Panel jemputan kali ini ialah Ustazah Noradilah binti Mohd Sapie dan suami beliau Encik Ahmad bin Mohd Isa merupakan pasangan pengembara yang telah melakukan kayuhan ke kota suci Mekah pada tahun 2016.

Dalam program bual bicara yang dihoskan oleh Puan Norafizah binti Abdul Razak ini para penonton di dalam auditorium dan di dalam talian telah dibawa mengembara melalui pengalaman yang telah ditempuhi oleh kedua-dua panel jemputan sepanjang kayuhan ke Mekah melalui 13 buah negara Asia selama 15 bulan. Pelbagai cabaran dan pengalaman yang menarik telah dikongsikan kedua-dua pasangan antaranya adalah Ustazah Adilah dimasukkan ke ICU di Pakistan selama tiga hari, suaminya Ahmad menerima lima jahitan di mata semasa di Iran, mereka ditahan tentera bersenjata selama tiga hari di Pakistan, mereka hampir diculik di Afghanistan dan banyak lagi perkongsian.

Terima kasih diucapkan kepada pasangan kembara memburu hikmah di atas perkongsian pengalaman mereka sepanjnag menempuh pengembaraan bagi menunaikan umrah. Semoga warga IPN mendapat motivasi, inspirasi dan menghayati keberanian serta semangat yang ditonjolkan oleh mereaka dalam mengharungi cabaran dalam kehidupan.