Sphider
 

PIAGAM PELANGGAN INSTITUT PERAKAUNAN NEGARA

Kami berjanji untuk merancang dan melaksanakan kursus-kursus yang berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan dengan;

    • Memaklumkan pelanggan mengenai sesuatu kursus yang akan dijalankan sekurang-kurangnya satu (1) bulan sebelum kursus tersebut bermula;
    • Mengeluarkan surat tawaran kursus kepada peserta kursus yang dipilih untuk menghadiri kursus tidak lewat daripada dua (2) minggu daripada tarikh kursus bermula;
    • Menjalankan sekurang-kurangnya 90% daripada kursus yang dirancang setiap tahun;
    • Memastikan prasarana latihan dan semua keperluan serta peralatan latihan berfungsi dengan baik dan dalam keadaan siap sedia untuk digunakan dalam tempoh satu (1) hari sebelum kursus bermula;
    • Menyediakan perkhidmatan perpustakaan pada setia hari bekerja mulai jam 8.30 pagi higga 5.00 petang; dan
    • Memberi maklum balas terhadap setiap aduan dan pertanyaan dalam tempoh tidak lewat dari tujuh (7) hari bekerja.

 

 

   
Hakcipta © 2008. Institut Perakaunan Negara.
Paparan sesuai menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas dengan resolusi 1024x768