Sphider
 
 
   

IPN JOURNAL OF RESEARCH AND PRACTICE IN PUBLIC SECTOR MANAGEMENT AND ACCOUNTING


 

 

Unit Penyelidikan, Pembangunan dan Kawalan Kualiti sedang merancang untuk menerbitkan jurnal keilmuan berjudul “IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Management and Accounting”. Cadangan untuk menerbitkan jurnal ini adalah bertujuan untuk menjadikan IPN bukan sahaja sebagai institusi latihan dan pembelajaran tetapi juga sebagai pusat pengembangan ilmu dan rujukan bermanfaat bagi mana-mana pihak yang berminat dengan amalan pengurusan dan perakaunan di sektor awam. Penerbitan jurnal ini adalah merupakan satu titik tolak yang penting dalam menyediakan platform bukan hanya kepada semua akauntan di sektor awam bahkan juga kepada kumpulan penyelidik dari dalam dan luar negara untuk menterjemahkan pemikiran atau hasil kajian mereka dalam bentuk bertulis. Adalah diharapkan, penerbitan jurnal ini akan dapat memberi impak bukan saja dari segi pembangunan teori malah apa yang lebih penting sekali ia dapat menyumbang kepada amalan terbaik di dalam pengurusan dan perakaunan sektor awam khususnya dan sistem penyampaian awam amnya.

Manuskrip yang sesuai diterbitkan dalam jurnal ini adalah karya-karya yang berbentuk pendirian tentang sesuatu konsep atau teori dan kajian empirikal berasaskan metodologi kuantitatif atau kualitatif dalam pelbagai bidang termasuklah:

  • Perakaunan dan pelapuran maklumat kewangan sektor awam
  • Akauntabiliti sektor awam
  • Pembangunan modal insan sektor awam
  • Kelakuan organisasi di sektor awam
  • Pengurusan sumber manusia sektor awam
  • Pengurusan ilmu di sektor awam

Setiap manuskrip yang dihantar akan melalui proses ‘blind review’ oleh sekurang-kurangnya dua orang wasit luaran (external reviewer) dan keputusan untuk menerbitkan manuskrip yang dihantar adalah tertakluk kepada maklumbalas/cadangan dari wasit luaran dan lembaga editorial.

Sebarang perkembangan berhubung dengan cadangan penerbitan jurnal ini akan dimaklumkan di dalam laman web ini dari semasa ke semasa. Sebarang pertanyaan berhubung dengan penerbitan jurnal ini bolehlah dikemukakan kepada:

Dr. Shahril bin Baharim (CV)
Penolong Pengarah Kanan
Unit Penyelidikan, Pembangunan dan Kawalan Kualiti
Tel: 03-32172104; 019-3415811
Email: shahril.baharim@anm.gov.my



 
Hakcipta © 2008. Jabatan Akauntan Negara Malaysia.
Paparan sesuai menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas dengan resolusi 1024x768