Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melalui IPNCPD, Cyberjaya menawarkan tajaan bagi membiayai program – program keahlian dalam badan-badan profesional perakaunan yang diiktiraf oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA) berdasarkan kepada Akta Akauntan 1967.
Polisi pembiayaan yang telah dirumus khas membuka ruang dan peluang yang meluas kepada perkhidmatan akauntan sektor awam lantikan JANM mendapatkan kelayakan profesional perakaunan dengan mengikuti program-program profesional yang dikendalikan oleh IPNCPD.
Polisi pembiayaan yang telah dibentuk adalah komitmen jelas JANM dalam melakukan inovasi bagi melahirkan Akauntan Sektor Awam yang berprestasi tinggi dan profesional sekaligus menyumbang kepada pembangunan profesion perakaunan sektor awam secara menyeluruh.
IPNCPD menyediakan platformnya dengan menawarkan kursus persediaan peperiksaan yang mengadaptasi daripada mod pembelajaran yang fleksibel dan menarik, sama ada secara bersemuka (face to face class) atau secara dalam talian (live online learning).
Mod pembelajaran ini memberikan akses dan peluang kepada semua akauntan lantikan JANM untuk mengikuti program-program profesional yang diminati tanpa halangan dan batasan geografi.
Selain itu, IPNCPD dengan kerjasama kukuh rakan strategik (UiTM, MICPA, ACCA,CIMA dan CPA Australia) turut menyediakan bengkel sokongan seperti exam technique workshop, intensive review class dan lain-lain bagi memastikan calon-calon cukup bersedia menghadapi peperiksaan.
IPNCPD memerlukan lebih ramai akauntan yang berani berdepan dengan cabaran ini dan kami bersedia menunjukkan caranya.
KOLABORASI STRATEGIK PROGRAM PROFESIONAL
- The Chartered Institute of Management Accountants (CIMA)
- The Association of Chartered Certified Accountants (ACCA)
- The Certified Practising Accountants Australia (CPA Australia)
- The Malaysian institute of Certified Public Accountants (MICPA)
Laluan Keahlian Penuh Dalam CIMA
Program keahlian penuh dalam CIMA mempunyai 4 peringkat iaitu Certificate Level, Operation Level, Management Level dan Strategic Level.
Pada Certificate Level, terdapat 4 subjek peperiksaan perlu dilalui calon iaitu :-
1) BA1: Fundamental of Business Economics,
2) BA2: Fundamental of Management Accounting,
3) BA3 : Fundamental of Financial Accounting dan
4) BA4 : Fundamental of Ethics , Corporate Governance and Business Law.
Selepas itu, calon perlu melalui Operational Level dengan mengambil 4 subjek peperiksaan iaitu
1) E1: Organizational Management,
2) P1: Management Accounting,
3) F1: Financial Reporting and Taxation
4) Operational Case Study Exam.
Seterusnya, 4 subjek perlu dilepasi pada Management Level iaitu,
1) E2: Project and Relationship Management,
2) P2 : Advanced Management Accounting,
3) F2: Advance Financial Reporting dan
4) Management Case Study Exam
Peringkat yang terakhir adalah strategic level yang mengandungi 4 subjek peperiksaan iaitu
1) E3: Strategic Management,
2) P3: Risk Management,
3) F3: Fianancial Strategi dan
4) Strategic Case Study Exam.
CIMA telah menawarkan program CIMA-MIA Strategic Programmes dengan kerjasama MIA dan calon yang mengambil program ini hanya perlu melepasi 1 subjek peperiksaan iaitu Strategic Case Study Exam dan mendapat pengecualian penuh bagi subjek peperiksaan pada certificate level, operation level dan management level.
Tawaran Program CIMA oleh IPNCPD
IPNCPD menawarkan program CIMA-MIA Strategic Leaders dan Strategic Professional.
Syarat-syarat kemasukan bagi program ini adalah bagi Akauntan lantikan JANM, merupakan Ahli Penuh MIA serta mempunyai pengalaman kerja 5 tahun dan keatas .
Pemilihan berdasarkan pathway tahun pengalaman kerja iaitu melebihi 10 tahun bagi program Strategic Leader dan kurang 10 tahun bagi program Strategic professional serta merit yang dimiliki oleh calon seperti yang disahkan oleh CIMA
Keahlian Penuh
Calon yang berjaya lulus semua subjek sama ada melalui program Strategic Leaders atau Strategic Professional CIMA layak menerima gelaran sebagai Associate Chartered Management Accountant (ACMA) dan Chartered Global Management Accountant (CGMA).
Proses ini mengambil masa antara 2 hingga 6 bulan setelah lulus peperiksaan subjek akhir. Tempoh ini adalah singkat kerana JANM telah mendapat pengiktirafan sebagai Exclusive Enrichment Partner.
Laluan Keahlian Penuh Dalam ACCA
Program Keahlian Penuh dalam ACCA mempunyai 3 peringkat iaitu :-
1) Applied Knowledge,
2) Applied Skills
3) Strategic Professional.
Di peringkat Applied Knowledge terdapat 3 subjek peperiksaan perlu dilalui iaitu :-
1)Accountant in Business (F1),
2)Management Accounting (F2),
3)Financial Accounting (F3).
Seterusnya calon perlu melalui 6 subjek peperiksaan di peringkat Applied Skill iaitu :-
1) Corporate and Business Law (F4),
2) Performance Management (F5),
3) Taxation (F6),
4) Financial Accounting (F7),
5) Audit and Assurance (F8)
6) Financial Management (F9).
Selepas itu, calon perlu mengambil 4 subjek peperiksaan di peringkat Strategic Professional di mana terdapat 2 subject peperiksaan yang wajib diambil iaitu :-
1) Strategic Business Leader
2) Strategic Business Reporting.
Manakala 2 lagi subject peperiksaan boleh dipilih melalui 4 pilihan iaitu :-
1) Advance Financial Management
2) Advanced Performance Management
3) Advance Taxation
4) Advance Audit Assurance
ACCA telah memperkenalkan program ACCA-MIA Special Pathway dengan kerjasama MIA bagi memberikan laluan yang lebih singkat kepada calon kelayakan melalui program ACCA-MIA Special Pathway, calon mendapat pengecualian penuh bagi semua subjek peperiksaan di peringkat applied knowledge dan applied skills dan hanya perlu melepasi 4 subjek peperiksaan di peringkat strategic professional.
Tawaran Program ACCA oleh IPNCPD
IPNCPD menawarkan program ACCA-MIA Special Pathway.
Syarat-syarat kemasukan bagi program ni adalah Akauntan Lantikan JANM, merupakan ahli penuh MIA serta layak berdasarkan kepada merit yang dimiliki oleh calon seperti yang disahkan oleh ACCA.
Keahlian Penuh
Calon yang berjaya lulus semua subjek program ACCA-MIA Special Pathway layak dipertimbangkan keahlian penuh dalam badan professional ACCA.
Proses ini mengambil masa antara 2 hingga 6 bulan setelah lulus peperiksaan subjek akhir. Tempoh ini adalah singkat kerana JANM telah mendapat pengiktirafan sebagai ACCA Approved Employer- Trainee Development Gold pada 30 Mei 2017
Laluan Keahlian Penuh Dalam CPA AUSTRALIA
Program Keahlian Penuh dalam CPA Australia mengandungi 6 subjek peperiksaan foundation level dan 5 subjek peperiksaan professional level adalah :
1) Economics and Markets,
2) Foundation of Accounting,
3) Fundamentals of Business Law,
4) Business Finance,
5) Financial Accounting & Reporting
6) Management Accounting.
Setelah calon melepasi foundation level, calon perlu melalui professional level yang mengandungi 6 subjek peperiksaan iaitu
1) Strategic Management Accounting ,
2) Ethics and Governance,
3) Financial Reporting,
4) Global Strategy and Leadership dan
5) Elective 1 (Advance Taxation/ Advance Audit & Assurance) dan
6) Elective 2(Financial Risk Management/Contemporary Business Issues)
CPA Australia menawarkan Program CPA Australia-MIA Special Pathway dengan kerjasama MIA. Di bawah CPA Australia-MIA terdapat 2 laluan yang membolehkan calon mendapat keahlian penuh iaitu :-
Middle Management dan
Senior Professional.
Bagi program CPA Australia–MIA Special Pathway Middle Management, calon yang berkelayakan mendapat pengecualian penuh bagi semua subjek peperiksaan foundation level dan perlu mengambil 4 subjek peperiksaan professional level iaitu :-
1) Strategic Management Accounting,
2) Ethics and Governance,
3) Financial Reporting dan
4) Global Strategy and Leadership.
Manakala bagi program CPA-Australia –MIA Special Pathway Senior Professional, calon yang layak mendapat pengecualian penuh bagi semua subjek peperiksaan foundation level dan hanya perlu mengambil 3 subjek peperiksaan profesional level iaitu :-
1) Ethics and Governance,
2) Financial Reporting dan
3) Global Strategy and Leadership.
Tawaran Program CPA AUSTRALIA oleh IPNCPD
IPNCPD menawarkan program CPA Australia-MIA Special Pathway bagi middle management dan Senior Professional.
Syarat-syarat kemasukan bagi program ini adalah Akauntan Lantikan JANM, merupakan ahli penuh MIA serta mempunyai pengalaman kerja 5 tahun dan keatas.
Pemilihan berdasarkan pathway adalah berdasarkan tahun pengalaman kerja iaitu melebihi 5 tahun dan kurang 10 tahun bagi Program Middle Management dan melebihi 10 tahun manakala bagi Program Senior Professional serta merit yang dimiliki oleh calon seperti yang disahkan oleh CPA Australia.
Keahlian Penuh
Calon yang berjaya lulus semua subjek sama ada melalui program Middle Management atau Senior Professional layak dipertimbangkan keahlian penuh dalam bidang professional CPA Australia.
Proses ini mengambil masa antara 2 hingga 6 bulan setelah lulus peperiksaan subjek akhir.
Tempoh ini adalah singkat kerana JANM telah mendapat pengiktirafan sebagai recognised employer partner pada 11 Jun 2015.
Laluan Keahlian Penuh Dalam CPA MALAYSIA
Program Keahlian Penuh dalam CPA Malaysia melibatkan Program Profesional yang dijalankan secara usahasama di antara CPA Malaysia dan Chartered Accountants Australia and New Zealand (MICPA-CAANZ).
Calon yang lulus program ini layak mendapat keahlian penuh dalam CPA Malaysia dan CAANZ. Bagi program MICPA-CAANZ, terdapat 2 peringkat peperiksaan yang perlu dilalui iaitu :
1) Business & Company Law,
2) Financial Reporting ,
3) Auditing, dan
4) Business Strategy & Financial Management Accounting.
Calon yang telah melepasi Professional Stage Examination, calon perlu mengambil 5 subjek peperiksaan iaitu
1) Audit & Assurance (AAA),
2) Financial Accounting & Reporting (FIN), Management Accounting & Reporting (FIN)
3) Management Accounting & Applied Finance (MAAF),
4) Taxation (TAX) dan
5) Capstone (CAP).
Tawaran Program MICPA – CAANZ oleh IPNCPD
IPNCPD menawarkan Program MICPA-CAANZ di peringkat Advanced Stage Examination.
Syarat-syarat kemasukan bagi program ini adalah Akauntan Lantikan JANM dan mendapat pengecualian bagi peringkat Professional Stage Examination berdasarkan merit yang dimiliki oleh calon seperti yang disahkan oleh CPA Malaysia.
Keahlian Penuh
Calon yang berjaya lulus semua subjek dalam Program Advance Stage Examination layak dipertimbangkan keahlian penuh dalam badan Profesional CPA(M) dan CA (ANZ).
Proses ini mengambil masa antara 2 hingga 6 bulan setelah lulus peperiksaan subjek akhir.
Tempoh ini adalah singkat kerana JANM telah mendapat pengiktirafan sebagai Stream II Training Organization pada 5 Mac 1982.
MATRIKS POLISI PEMBIAYAAN
BIL | PERKARA | CIMA MIA STRATEGIC PROFESSIONAL | CIMA MIA STRATEGIC LEADERS | ACCA MIA SPEACIAL PATHWAY | CPA AUSTRALIA MIA SPECIAL PATHWAY : MIDDLE MANAGEMENT | CPA AUSTRALIA MIA SPECIAL PATHWAY : SENIOR PROFESIONAL |
Tempoh Pembiayaan | 3 Tahun | 2 Tahun | 4 Tahun | 4 Tahun | 3 Tahun | |
Bilangan Subjek | 4 | 1 | 4 | 4 | 3 | |
1 | Yuran Profesional | |||||
A. Yuran Pendaftaran | 1 Kali | 1 Kali | 1 Kali | 1 Kali | 1 Kali | |
B. Yuran Tahunan | 3 Tahun | 2 Tahun | 4 Tahun | 4 Tahun | 3 Tahun | |
C. Yuran Permohonan Keahlian | 1 Kali | 1 Kali | Tb | Tb | Tb | |
D. Yuran Pengecualian Subjek | 1 Kali | 1 Kali | 1 Kali | 1 Kali | 1 Kali | |
E. Yuran Peperiksaan | 2 Kali/Subjek | 2 Kali/Subjek | 2 Kali/Subjek | 2 Kali/Subjek | 2 Kali/Subjek | |
F. Yuran Online Ethics Module | Tb | Tb | 1 Kali | Tb | Tb | |
2 | Yuran Tuisyen/Yuran Pembelajaran | |||||
A. Kelas Face To Face | 2 Kali/Subjek | 2 Kali/Subjek | 2 Kali/Subjek | 2 Kali/Subjek | 2 Kali/Subjek | |
B. Live Online Learning | 1 Kali/Subjek | 1 Kali/Subjek | 1 Kali/Subjek | My Online Learning(Termasuk Di Dalam Pakej Yuran Peperiksaan ) | My Online Learning(Termasuk Di Dalam Pakej Yuran Peperiksaan ) | |
3 | Buku | RM200.00/ Subjek | RM200.00/ Subjek | RM200.00/ Subjek | Bahan Rujukan (Termasuk Di Dalam Pakej Yuran Peperiksaan ) | Bahan Rujukan (Termasuk Di Dalam Pakej Yuran Peperiksaan ) |
RINGKASAN GELARAN
PROGRAM PROFESIONAL |
STATUS |
SINGKATAN GELARAN |
||||
DALAM TEMPOH PELAJAR |
SELEPAS LULUS PEPERIKSAAN | SELEPAS KELULUSAN JAWATANKUASA | AHLI PENUH | AHLI FELO |
GELARAN TAMBAHAN |
|
CIMA | Student | Student | Associate | ACMA | FCMA | CGMA |
ACCA | Student | Affiliate | Members | ACCA | FCCA | – |
CPA(Australia) | Associate | Associate | Members | CPA (Aust) | FCPA(Aust) | – |
MICPA-CAANZ | Student | Student | Members | CPA (M) CA(ANZ) | CPA(M) CA(ANZ) | – |
Permohonan baharu bagi mengikuti Program Profesional
Sekiranya surat pelawan dikeluarkan, calon-calon yang berminat perlu mengemukakan dokumen-dokumen lengkap seperti yang berikut:
- Borang permohonan (mengikut program yang dipilih)
- Sesalinan kad pengenalan (dipalang “UNTUK KEGUNAAN IPNCPD SAHAJA”);
- Sesalinan ijazah sarjana muda perakaunan versi Bahasa Inggeris;
- Sesalinan sijil keahlian Malaysian Institute Of Accountants (MIA);
- Resume dalam Bahasa Inggeris yang memperincikan pengalaman bertugas dan deskripsi bidang tugas yang dilakukan termasuk pengalaman dalam sektor swasta (jika ada) sekiranya melibatkan bidang perakaunan dan kewangan;
- Surat sokongan ketua jabatan yang membenarkan pegawai mengikuti program profesional; dan
- Letter of good standing daripada MIA
- Sesalin sijil
SPM/STPM/MATRIKULASI/DIPLOMA
Dokumen yang telah lengkap hendaklah dihantar melalui serahan tangan atau pos berdaftar ke alamat :
Pusat Pembangunan Professional
(Centre For Professional Davelopment)
Institut Perakaunan Negara, Jabatan Akauntan Negara Malaysia
Tingkat 1(02-01-01), Menara 2,
Wisma Mustapha Kamal, Neocyber,Cyber 12,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.
(u.p : Unit Pembangunan Profesional)
Sekiranya terdapat sebarang persoalan mengenai program profesional , talian yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:
1 |
Puan Nurul Husna binti Assanah (Ketua Unit Pembangunan Profesional) |
03-8324 4405 |
2 |
Puan Shazlina binti Musa (Penyelaras Program Profesional) |
03-8324 4408 |