Sebidang tanah seluas 100 ekar di kawasan Sungai Lang, Mukim Bagan Nakhoda Omar, Daerah Sabak Bernam, Selangor Darul Ehsan telah diperolehi daripada Kerajaan Negeri Selangor melalui kelulusan mesyuarat EXCO Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) yang bersidang pada 12 Ogos 1998 sebagai tapak pembinaannya. Pada 3 Ogos 1999, majlis upacara pecah tanah telah disempurnakan oleh Y. B Tun Daim Zainuddin, Menteri Kewangan 1, Malaysia.