Nor Aqilah Pemenang Rekaan Logo EKSA IPN

Pelajar praktikal, Nor Aqilah binti Azhari telah dipilih sebagai pemenang pertandingan mencipta logo EKSA dan tagline baharu IPN yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Kreatif dan Go Green EKSA IPN.

Rekaan kreatif dan unik Nor Aqilah yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Maklumat, Universiti Teknologi MARA, yang menggambarkan simbolik bumi berbentuk sfera yang diciptakan dengan alam semulajadi digabungkan dengan dengan persekitaran hijau sebagai salah satu elemen penting dalam sebuah ekosistem. Gabungan warna merah, biru dan kuning melambangkan warga JANM di IPN yang sentiasa proaktif dan produktif. Ekosistem Kondusif, Servis Efektif telah dipilih oleh beliau bagi tagline rekaan ini. Rekaan dan tagline ini telah berjaya memikat hati juri-juri dan mengatasi markah tiga peserta yang lain. Hadiah wang tunai sebanyak RM 100.00 beserta trofi telah disampaikan oleh Puan Hawariah binti Idris, Pengarah IPN dalam majlis ringkas yang telah diadakan di pejabat beliau pada 7 September 2021.

Logo dan tagline baharu ini akan digunakan dalam setiap aktiviti-aktiviti rasmi EKSA IPN. Semoga pelaksanaan program EKSA IPN akan bertambah meriah dengan adanya logo dan tagline baharu ini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada Nor Aqilah di atas komitmen yang ditunjukkan dalam menyokong usaha menyokong program yang dianjurkan oleh Jawatankuasa EKSA IPN.