Mesyuarat Bersama CPA Australia

Sukacita dimaklumkan IPNCPD telah dijemput ke pejabat CPA Australia pada 28 Februari 2023 bertempat di The Gardens South Tower Midvalley. Sesi perbincangan ini bersama para pegawai CPA Australia yang diketuai oleh Priya Terumalay, Country Head CPA Australia, Malaysia

.
Sesi ini bertujuan membincangkan program profesional dan Continuing Professional Development (CPD) yang berpotensi dilaksanakan dengan kolaborasi CPA Australia dan JANM dalam usaha meningkatkan profesionalisme dan kompetensi dalam kalangan Akauntan lantikan JANM.

Turut terlibat dalam sesi perbincangan ini ialah April Chiew/ Senior Manager – Business Development, Farah Adnan/ Business Development Manager, Nirmala Ramoo/ Senior Manager – Professional Development and Communication dan Marieanne Morris/ Senior Manager – Membership and Governance. Manakala wakil dari IPNCPD yang diketuai oleh Timbalan Pengarah IPNCPD, YBrs. Dr. D Joyce Christina Dharmaraj, Pn. Nur Razana Binti Abdul Manan, En. Yong Kok Sia dan Pn. Shazlina Binti Musa.

Pertemuan selama lebih sejam ini sedikit sebanyak memberi idea, peluang dan ruang dalam membincangkan program-program sokongan yang dilihat dapat membantu meningkatkan passing rate calon-calon CPA Australia di bawah Program Pengajian Dalam Badan Profesional Perakaunan IPNCPD JANM. Selain itu, turut dibincangkan Micro-Credential Programme serta topik-topik yang berpotensi untuk dilaksanakan bagi pengisian program IPN Leadership Series, CPD Series dan Certification Program sebagai contoh Asset Valuation, Data Science, Financial Instruments, Power BI, Corporate Finance dan lain-lain.