Majlis Persaraan Warga IPN

Pada 23 Ogos 2019, KESKIP dengan kerjasama IPN telah mengadakan Majlis Persaraan Warga IPN buat dua orang warganya iaitu Encik Shaiful Bahri bin Abdul Karim, Ketua Unit Penginapan dan Sajian dan Encik Daud bin Ayob, Pemandu Kenderaan H11 dan yang telah bersara daripada perkhidmatan awam pada bulan Ogos 2019.

Kedua-dua pegawai tersebut telah diraikan dengan majlis ringkas dengan ucapan oleh Pengarah IPN, Encik Burhanudin bin Mohd Noor dan ucapan perpisahan daripada kedua-dua pegawai tersebut. Satu tayangan video berkisar tentang perjalanan karier kedua-dua pegawai berkenaan sepanjang berada di IPN turut dipertontonkan kepada para hadirin.

Penutup kepada majlis adalah Majlis Memotong Kek Persaraan dan penyampaian cenderamata kepada kedua-dua pegawai. IPN mengucapakan terima kasih dan selamat maju jaya kepada kedua-dua pegawai yang telah bersara atas subangan yang telah diberikan kepada IPN dan perkhidmatan awam.