Majlis Perhimpunan Bulanan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia Februari 2023

Buat julung-julung kalinya Institut Perakaunan Negara telah diberi amanah untuk menjadi tuan rumah bagi Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Akauntan Negara Malaysia pada 9 Februari 2023 di Dewan Serbaguna JANM.

Aturcara majlis telah dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu JANM dan Lagu Perkhidmatan Awam yang telah disampaikan oleh kumpulan koir jabatan dan disusuli dengan bacaan doa oleh Encik Ahmad Fairuz bin Mashod dari Pusat Akademik dan Kompetensi IPN.

Majlis perhimpunan bulanan kali ini telah disempurnakan oleh YBrs. Tn. Haji Rozaimi bin Idris, Timbalan Akauntan Negara (Korporat) dan diserikan dengan penyampaian surat watikah penempatan dan pertukaran pengurusan tertinggi JANM, penyampaian sijil audit MS ISO 9001 : 2015 dan sijil pentauliahan ACDA.