Lawatan Puspanita IPN Ke Asrama Anak Yatim Sekendi Sabak Bernam

Pada 20 April 2022, Biro Kebajikan dan Sosial Puspaniata IPN telah mengadakan lawatan ke Asrama Kebajikan Anak Yatim Sekendi, Sabak Bernam.Lawatan ini telah diketuai oleh Puan Ummul Syafiqah binti Ruslan, Naib Pengerusi Bersama-sama lapan orang ahli. Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menyampaikan sumbangan kepada penghuni rumah ini dan beramah mesra Bersama mereka bersempena dengan bulan Ramadan 1443 Hijrah.

Sumbangan yang telah disampaikan adalah juadah berbuka puasa, kain telekung, pakaian terpakai dan duit raya. Dalam program ini juga mereka sempat menyantuni dan beramah mesra bersama-sama 24 orang penghuni anak yatim ini.

Program seperti ini dharap dapat dianjurkan lagi pada masa hadapan kerana ianya dapat membentuk masyarakat prihatin dalam kalangan ahli PUSPANITA khususnya dan warga perkhidmatan awam amnya. Ini selaras dengan harapan kerajaan untuk membentuk masyarakat penyanyang dalam kalangan warga Malaysia.