Lawatan Pengarah AAN

Institut Perakaunan Negara (IPN) telah menerima kunjungan daripada rombongan Akademi Audit Negara (AAN) pada 15 Jun 2022. Kujungan AAN yang diketuai oleh Pengarah, Puan Baridatul Anita binti Bidin telah disambut oleh Timbalan Pengarah Pusat Akademik dan Kompetensi (IPN), Dr. Ahmad Shukri bin Abdul Gani. Dalam lawatan ini beliau telah diberi penerangan berkaitan dengan IPN oleh Dr. Ahmad Shukri berkaitan dengan operasi IPN di Sabak Bernam. Selain itu juga kedua-dua wakil telah berbincang pelbagai perkara mengenai pembangunan Latihan sektor awam serta berbincang mengenai peluang kerjasama yang boleh diteroai oleh kedua-dua pihak. Wakil-wakil AAN juga telah dibawa melawat ke skitar kompleks IPN dengan diberi penerangan. Antara yang menjadi tarikan kepada wakil AAN adalah dengan kewujudan fasiliti terbaharu di IPN iaitu studio audio visual dan bilik kuliah pintar. Diharapkan kunjungan ini dapat merapatkan lagi hubungan kedua-dua pihak yang telah terjalin sekian lama serta dapat membuka jalan kepada peluang kerjasama yang lebih utuh pada masa hadapan.