Kerjasama antara setiap organisasi adalah refleksi kepada imej dan sistem operasi sesuatu jabatan awam.  Lawatan ke setiap agensi adalah satu kaedah dalam meningkatkan kualiti penyampaian kerja kepada orang awam khususnya di era pemodenan dunia terbuka.

Pada 1 Februari 2019 yang lalu, Institut Perakaunan Negara telah mengadakan lawatan penandaarasan ke Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).  Seramai 14 orang delegasi IPN yang diketuai  oleh Encik Abd Hassan bin Mohmad, Pengarah IPN bersama-sama anggota pengurusan dan profesional serta pelaksana telah mengikuti lawatan berkenaan.  Antara objektif lawatan ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan latihan serta membincangkan kerjasama dua hala yang boleh dilaksanakan antara IPN dan ILIM.

Delegasi IPN telah disambut oleh Pengarah ILIM, Puan Hajah Zawanah binti Muhammad serta pegawai – pegawai kanan ILIM.  Antara sesi perkongsian pengalaman yang telah dilakukan ialah berkenaan sistem pengurusan latihan. Pengurusan kemudahan dan fasiliti serta kepakaran khusus kedua – dua institut dalam bidang-bidang yang dilaksanakan. IPN juga menimba pengalaman bagaimana ILIM menguruskan latihan-latihan peringkat antarabangsa yang telah dilaksanakan oleh ILIM.

Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak dalam meningkatkan kualiti dalam bidang latihan perkhidmatan awam. Diharap ini akan dapat membuka peluang kerjasama yang lebih erat pada masa hadapan terutama dalam  meneroka potensi dan peluang yang belum diterokai