Lawatan Akademik Pelajar-Pelajar Politeknik Sultan Idris Shah

Seramai 30 pelajar Diploma Sains Kesetiausahaan Semester 4 Politeknik Sultan Idris Shah Sabak Bernam telah melakukan lawatan akademik ke Institut Perakaunan Negara pada 29 Ogos 2019.

Program yang turut disertai oleh dua guru pengiring itu bertujuan memberikan pengalaman dan menimba pengetahuan mengenai dunia kerjaya dalam bidang perakaunan di samping melihat kemudahan-kemudahan yang ada di sini.

Encik Ahmad Shyukri bin Abdul Gani, Timbalan Pengarah Akademik IPN telah memberikan taklimat selama hampir dua jam kepada pelajar-pelajar tentang isu-isu dalam bidang perakaunan di Malaysia serta berkongsi pengalaman tentang kerjaya ini. Pelajar-pelajar juga berkesempatan untuk bertanyakan soalan sepanjang taklimat tersebut. Selepas itu pelajar-pelajar di bawa melawat ke sekitar kawasan kampus IPN bagi melihat kemudahan-kemudahan yang ada seperti bilik kuliah, perpustakaan, asrama dan kompleks sukan serta diberi taklimat ringkas oleh pegawai-pegawai IPN.