Kunjungan hormat PIPN ke Pejabat Daerah / Tanah Sabak Bernam

Encik Burhanudin bin Mohd Noor, Pengarah IPN telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Nasir bin Mamat, Pegawai Daerah Sabak Bernam di Pejabat Daerah/ Tanah Sabak Bernam, Sungai Besar pada 11 Julai 2019. Tujuan kunjungan ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan di antara IPN dan Pejabat Daerah di samping untuk mengintai peluang-peluang kerjasama yang boleh diusahakan di antara kedua-dua pihak. Semoga hubungan baik ini dapat diteruskan pada masa hadapan.