Kunjungan Hormat MICPA

Satu kunjungan hormat daripada Institut Akauntan Awam Bertauliah Malaysia (MICPA) ke Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah diadakan pada 13 Januari 2020 yang lepas di bawah inisiatif . Presiden MICPA iaitu Dr Veerinderjeet Singh diiringi Timbalan Presiden MICPA Dato’ Gan Ah Tee dan ahli MICPA lain telah disambut dengan mesra oleh Dr Yaacob bin Mustafa, Akauntan Negara Malaysia, Encik Burhanudin bin Mohd Noor, Pengarah IPN dan bersama-sama pegawai-pegawai kanan JANM yang lain.

Kunjungan hormat ini antara lain membincangkan tentang hala tuju jaringan kerjasama di antara JANM, IPN dan MICPA bagi memantapkan bidang perakaunan terutamanya sektor awam. Menerusi kunjungan ini juga, pihak MICPA telah bersetuju untuk menambah baik serta menyokong pembelajaran di bawah kendaliannya. Ini termasuk dari segi kos pembelajaran dan juga bengkel sokongan untuk pelajar yang terlibat.

Diharapkan hubungan strategik yang telah terjalin ini akan bertambah erat demi pembangunan profesion perakaunan di Malaysia terutama dalam sektor awam. Usaha seperti ini akan dipertingkatkan dari semasa-ke semasa kerana kerjasama daripada badan-badan profesional sepeti MICPA adalah penting demi memartabatkan pembangunan kerjaya perakaunan sektor awam yang lebih berdaya saing dan kompeten mengikut kehendak semasa.