Kolokium Penyelidikan 2022 Anjuran Institut Perakaunan Negara

Institut Perakaunan Negara (IPN) akan menganjurkan Kolokium Penyelidikan 2022 untuk berkongsi hasil penyelidikan dalam bidang perakaunan dan pengurusan sektor awam. Kolokium akan diadakan berdasarkan ketetapan berikut:

Tarikh 5-6 Oktober 2022 (Rabu – Khamis)
Masa 9.00 pagi – 5.00 petang
Saluran Dalam Talian (Pautan akan diberikan kepada peserta yang mendaftar)

Sukacita dengan itu, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dijemput menyertai program kolokium ini dengan mengimbas Kod QR di bawah atau klik pautan https://forms.gle/QNkirAYvZfpn6f2TA untuk pendaftaran.

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan program ini, boleh hubungi terus dengan urus setia seperti di bawah:

  • Nor Azeema binti Omar 03-8324 4406 azeema.omar@anm.gov.my
  • Suzalina binti Ibrahim 03-8324 4409 suzalina.ib@anm.gov.my

Tarikh Tutup Permohonan: 30 September 2022