Kolokium Penyelidikan 2020 Institut Perakaunan Negara

Kolokium Penyelidikan 2020 Institut Perakaunan Negara telah diadakan dengan jayanya dalam keadaan normal baharu secara dalam talian pada 4 November 2020. Program ini telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Yacob bin Mustafa, Akauntan Negara Malaysia.

Sebanyak sembilan kertas kerja telah dibentangkan dan berjaya menarik minat seramai 164 peserta. Program ini telah dikendalikan oleh Pusat Pembangunan Profesional Institut Perakaunan Negara.