Kolokium Penyelidikan 2019 Anjuran IPN

Institut Perakaunan Negara (IPN) buat pertama kalinya telah menganjurkan Kolokium Penyelidikan pada 6 Ogos 2019 bertempat di Pusat Pembangunan Profesional Institut Perakaunan Negara, Cyberjaya. Program Kolokium ini juga turut disiarkan secara live streaming kepada semua warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) melalui capaian di semua pejabat Bahagian dan Cawangan. Program ini telah dirasmikan oleh Timbalan Akauntan Negara (Operasi), Dr. Yacob bin Mustafa dengan penyertaan hampir 100 orang terdiri daripada para Pengarah Bahagian, Ketua-ketua Akauntan Kementerian, ahli akademik daripada pelbagai institusi pengajian tinggi serta akauntan-akauntan Bahagian dan Kementerian.

Kolokium ini dianjurkan sebagai salah satu platform memperoleh pengetahuan baharu hasil dapatan penyelidikan sekaligus mengukuhkan apresiasi kepentingan penyelidikan dalam kalangan penjawat awam dengan objektif berikut:-

  1. Merekayasa pengetahuan warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia melalui penyampaian hasil kajian berkaitan amalan perakaunan;
  2. Memberikan peluang kepada warga Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang telah tamat pengajian di peringkat Sarjana dan Doktor Falsafah berkongsi hasil kajian berkaitan perakaunan kepada warga jabatan;
  3. Menyediakan platform kepada pegawai-pegawai JANM membentangan hasil kajian sekaligus mengasah kepimpinan dan kemahiran pembentangan pegawai; dan
  4. Mendapatkan sumbangan artikel yang berkualiti bagi penghasilan IPN Journal of Research and Practice in Public Sector Accounting and Management.

Para Pembentang bagi Kolokium ini terdiri daripada pegawai Jabatan Akauntan Negara Malaysia yang telah menamatkan pengajian atau dalam peringkat akhir pengajian Sarjana dan Doktor Falsafah dari pelbagai institusi pengajian tinggi dengan tajuk pembentangan seperti berikut :-

Jadual 1: Senarai Tajuk Pembentangan Kolokium Penyelidikan 2019

No. Tajuk Pembentang

1.

Ringkasan Dapatan Kajian Memperkasakan Akauntabiliti Kerajaan Persekutuan Malaysia Melalui Pelaporan Dan Perundangan YBrs. Dr. Murni Subroto,

Pasukan Pelaksanaan Perakaunan Akruan, JANM

2.

Sustainability In Islamic Perspective And The Differences Between Modern Concept Of Sustainability En. Saleh Hashim,

Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, JANM

3.

Financial And Governance. Dilemma At Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad: An Analysis Pn. Siti Noorbani Hussain,

Kementerian Pembangunan Usahawan

4.

Procurement Fraud: The Effect Of Internal Control, Political Power Influences And Ethical Concerns Among Malaysian Public Sector Officers Pn. Hanim Abdul Rahim,

Kementerian Pembangunan Luar Bandar

5.

Cabaran Perakaunan Awan Sebagai Sistem Maklumat Perakaunan (SMP): Kajian Kes Jabatan Akauntan Negara Malaysia Pn. Naharriah Mohamed,

Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan, JANM

6.

The Importance Of Corporate Governance And Accounting Disclosure Towards Zakat Payers’ Trust Pn. Fadliana Saman,

Bahagian Khidmat Perunding, JANM

7.

Transparency Disclosure On The Unrestricted Investment Account In Islamic Financial Institutions

 

Hj. Naharudin Saadan,

Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

8.

Factors Influencing The Accrual Accounting Implementation In Malaysian Federal Government

 

Pn. Norlailawati Saiban,

Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, JANM