Antara kemudahan yang disediakan dalam memenuhi kehendak pengguna ialah :-
- Kemudahan Ruangan Bacaan
Ruangan bacaan ini dilengkapi dengan kerusi dan meja. Ruang ini boleh menampung lebih kurang 30 orang pengguna dalam satu masa.
- Kemudahan Bilik Perbincangan
Bilik perbincangan disediakan bagi memudahkan pengguna membuat perbincangan secara berkumpulan. Bilik ini dlengkapi dengan papan putih untuk memudahkan pengguna membuat perbincangan. Dalam satu masa bilik ini boleh digunakan oleh 4 hingga 8 orang bagi satu-satu kumpulan perbincangan
- Kemudahan Penyimpanan Barang
Kemudahan ini disediakan untuk penggua menyimpan barang-barang persendirian meraka. Tempat penyimpanan yang berkunci ini terletak dikiri-kanan pintu masuk utama.
- Sudut Pameran
Kemudahan ini disediakan untuk mempamerkan gambar-gambar dan koleksi terbaru yang berkaitan dengan aktiviti-aktiviti di IPN untuk memaparkan maklumat terkini kepada pengguna perpustakaan.