Jemputan ke Program IPN Leadership Series 3/2019 : “Future of Finance-Management Accounting”

Sukacita dimaklumkan, IPN dengan kerjasama Badan Profesional The Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) akan mengadakan taklimat IPN Leadership Series 3/2019 : “Future of Finance-Management Accounting”. Taklimat akan disampaikan oleh Mr. Andrew Harding, Chief Executive, Management Accounting, Association of International Chartered Professional Accountants (AICPA).

Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Dato’/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput ke program di atas berdasarkan tetapan berikut :-

Tarikh : 4 September 2019 (Rabu)
Masa : 9.30 – 11.30 pagi
Tempat : Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD), Cyberjaya

Penceramah : Mr. Andrew Harding (FCMA, CGMA), Chief Executive Management Accounting, AICPA

Sila lengkapkan borang pengesahan kehadiran yang dilampirkan dan hantar kepada pihak kami melalui faks 03-8318 7394 atau emel ke fitri.haris@anm.gov.my atau haminaton.ghani@anm.gov.my selewat-lewatnya pada 28 Ogos 2019 (RABU).

Penyertaan adalah terhad kepada 60 orang peserta terawal sahaja.

Sila klik di sini untuk muat turun Surat Jemputan

Sila klik di sini untuk muat turun Brosur