Ipn Leadership Talk Series 3/2019

Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD), Institut Perakaunan Negara telah menganjurkan satu Program IPN Leadership Talk Series 3/2019 yang bertajuk Future of Finance-Management Accounting bertempat di Pusat Pembangunan Profesional, IPNCPD, Cyberjaya pada 4 September 2019.

Sesi ini telah dikendalikan oleh Mr. Andrew Harding FCMA, CGMA yang merupakan CEO of Management Accounting, CIMA. Sesi ini membicarakan tentang pengurusan perakaunan masa hadapan dengan mengambil kira elemen digital environment.

Seramai 66 orang Akauntan telah menyertai taklimat ini yang terdiri daripada pegawai bergred WA41 sehingga JUSA C, berkhidmat di pelbagai bahagian JANM serta agensi-agensi kerajaan yang lain. Sesi ini juga telah disiarkan secara langsung online streaming dan dapat diakses melalui jaringan MyGov*Net. Justeru, akauntan-akauntan yang berada di pejabat yang berada di dalam rangkaian jaringan tersebut dapat menonton program tersebut secara langsung.