IPN Leadership Series 5/2019 – Blockchain Technology For Accounting, Auditing And Public Sector

Institut Perakaunan Negara melalui Pusat Pembangunan Profesional telah menganjurkan Program IPN Leadership Series 5/2019 – Blockchain Technology For Accounting, Auditing and Public pada 21 Oktober 2019, di IPNCPD, Cyberjaya. Program yang bersifat perkongsian ilmu ini diadakan dengan kolaborasi bersama Certified Practising Accountants (CPA) Australia. Perkongsian ilmu ini telah disampaikan oleh Dr. Gary Pflugrath, Executive General Manager, Policy and Advocacy, CPA Australia.

Program telah dihadiri oleh seramai 50 orang akauntan Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) dan kementerian-kementerian, serta wakil-wakil daripada agensi kerajaan lain seperti Jabatan Audit Negara Malaysia, Universiti Awam tempatan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Encik Burhanudin Mohd Noor, Pengarah Institut Perakaunan Negara. Turut hadir sama ialah Cik Salmiah binti Ramli, Pengarah, Bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat, JANM.

Topik yang dibincangkan ini dipilih memandangkan tekonologi dijangkakan akan memberikan impak besar kepada cara kerja, tidak terkecuali kepada profesion perakaunan dan sektor awam. Gabungan ketiga-tiga sub topik ini akan membolehkan peserta melihat secara khusus cabaran yang perlu dihadapi dan perubahan yang perlu dilakukakn oleh akauntan untuk terus kekal relevan.