IPN LEADERSHIP SERIES 2/2021 SESI DALAM TALIAN: MANAGING GEN Z IN THE WORKPLACE

Sukacita dimaklumkan, Pusat Pembangunan Profesional (IPNCPD), Institut Perakaunan Negara akan mengadakan IPN Leadership Series 2/2021: “Managing Gen Z in The Workplace” secara dalam talian terbuka kepada semua Akauntan Sektor Awam. Sesi ini diadakan bagi berkongsi maklumat mengenai hasil kajian yang telah dijalankan ke atas Generasi Z berkaitan profesion perakaunan. Pembentangan meliputi cabaran yang dihadapi majikan dalam menghadapi generasi ini dan pendekatan terbaik untuk memahami, memberi sokongan dan galakan kepada generasi ini dalam persekitaran kerja.

Sehubungan itu, YBhg. Datuk/Dato’/Datin/Dr./Tuan/Puan adalah dijemput menyertai program di atas berdasarkan ketetapan berikut:

Tarikh 13 Julai 2021 (Selasa)
Masa 9.00 pagi – 10.00 pagi
Saluran Dalam Talian (CISCO WEBEX)
(Pautan akan diberikan kepada peserta yang mendaftar)
Penceramah Aaron Saw FCCA, CA (M)
Head of Policy and Technical
ACCA Maritime Southeast Asia

Sila klik https://forms.gle/DHSGt9XbEiCg9JPG8 atau imbas QR Code di flash banner pada laman web IPN untuk pendaftaran melalui google form.

Tarikh Tutup Permohonan: 11 Julai 2021 (Ahad)