Sphider
 

Kursus
Apakah kursus yang ditawarkan oleh IPN ?
Bagaimanakan cara untuk memohon bagi mengikuti kursus di IPN ?
Siapakah yang layak untuk memohon menyertai kursus dan latihan anjuran IPN ?
Berapakah bayaran yang dikenakan kepada peserta kursus ?
 
Apakah yang ditawarkan oleh IPN ?

Kursus-kursus yang ditawarkan oleh IPN dibahagikan mengikut program-program seperti berikut :-

  • Program Perakaunan
  • Program Kewangan
  • Program Kewangan Elektronik
  • Program Kompetensi
  • Program Generik Kewangan
  • Bagaimanakan cara untuk memohon bagi mengikuti kursus di IPN ?

    Terdapat 2 cara untuk memohon kursus iaitu pertama secara "On line" melalui EPSL dan keduanya dengan menggunakan borang.

    Bagi yang memilih menggunakan kaedah manual, borang permohonan boleh diperolehi dengan muat turun melalui Laman Web IPN atau dapatkannya di IPN. Borang yang telah lengkap diisi perlu dihantar kepada ketua jabatan tiga minggu sebelum tarikh kursus bermula.


    Siapakah yang layak untuk memohon menyertai kursus dan latihan anjuran IPN ?

    Kakitangan awam persekutuan, negeri dan badan berkanun persekutuan & negeri boleh memohon kursus dibawah program perakaunan, kewangan, teknologi maklumat, pengurusan, pembangunan diri, dan mandatori. Manakala kursus-kursus dibawah program mandatori boleh dipohon oleh pegawai dari jabatan Akauntan Negara Malaysia dan pejabat perakaunan jabatan sendiri oleh bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan.

    * Semua kursus ini tidak terbuka kepada pihak swasta, pemohonan hanya terbuka kepada kakitangan Kerajaan sahaja.

    Berapakah bayaran yang dikenakan kepada peserta kursus ?

    Yuran kursus yang dikenakan oleh IPN untuk kursus-kursus RM 30 sahaja.

    * Kadar yuran ini adalah termasuk makan, minum, penginapan dan bahan-bahan kursus.

    Apakah kemudahan-kemudahan yang terdapat di IPN ?

    Di antara kemudahan yang terdapat di IPN ialah bilik kuliah, makmal komputer, auditorium, perpustakaan, asrama lelaki dan asrama wanita, surau, gimnasium, gelanggang tennis, padang bola sepak, dewan badminton / sepak takraw dan sebagainya.

     
    Hakcipta © 2007. Jabatan Akauntan Negara Malaysia.