Dialog Kepimpinan Dan Luncheon Bersama Tan Sri Abdul Wahid Omar

Program IPN Leadership Series 1/2022 – Dialog Kepimpinan dan Luncheon bersama Tan Sri Abdul Wahid Omar anjuran Pusat Pembangunan Profesional, Institut Perakaunan Negara (IPNCPD) dengan kerjasama Razak School of Government (RSOG) telah diadakan di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 29 Julai 2022 dan dirasmikan oleh Tuan Haji Rozaimi bin Idris, Timbalan Akauntan Negara Korporat.

Sesi dialog yang dikendalikan oleh Dr. Hj. Mohamad Kamal Hj. Harun, Ketua Pegawai Eksekutif RSOG ini turut dihadiri oleh Pengarah-pengarah bahagian JANM dan ketua akauntan dari pelbagai kementerian. Antara pengisian program ini adalah penerangan dari Tan Sri Abdul Wahid Omar berkenaan perjalanan kerjaya beliau di sektor korporat dan sektor awam serta perkongsian ilmu kepimpinan berdasarkan pengalaman beliau. Para peserta juga telah berpeluang mengajukan soalan kepada beliau dalam sesi soal jawab.