IPN Leadership Series 4/2020, Pelan Strategik Janm 2019-2023, “Digital Finance And Accounting’

IPN Leadership Series 4/2020 telah berjaya dianjurkan dalam keadaan normal baharu secara dalam talian pada 18 November 2020. Pembentangan telah disampaikan oleh Tuan Haji Zaharin bin Othman, Pengarah Bahagian Pembangunan Perakaunan dan Pengurusan, Jabatan Akauntan Negara Malaysia.

Program ini telah dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Profesional IPN Cyberjaya berjaya menarik minat lebih 130 orang peserta seluruh Malaysia termasuk di Sabak Bernam sehingga ke Sabah dan Sarawak. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.

Topik yang dibentangkan pada kali ini berkenaan dengan hala tuju Pelan Strategik JANM 2019-2023 yang memfokuskan pengurusan kewangan dan perakaunan kewangan secara digital.